Pages

Monday, August 30, 2010

Superman vs SuperMokh!




Today, people would be proud of a character called Superman, although he's a weird superhero that wears his underwear on the outside..Wearing a cape and can fly anywhere he wants..

In this edition of blogpost, I would like to introduce to you SUPERMOKH, also known as the late MR. Mokhtar Dahari.Here's a sneak peak of this wonderful man who made his own legend in Malaysian football.

Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.

Beliau berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina.

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978

PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

FAKTA MENARIK------

* MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu. Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnya seperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur Koh.

* Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “Kasut but yang diberi oleh ayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya.”



No comments:

Post a Comment

 
^ Scroll to Top